SOLAT DAIM
Salam tahun baru 2014 buat semua. Pertamanya, ku panjatkan rasa syukur kepada Allah SWT, Zat Yang Maha Indah, atas limpah dan kurniaNya terus membenarkan aku menulis di tahun ini. Maaf buat semua pembaca yang mengikuti blog ini, kerana pada tahun 2013, aku langsung tidak berupaya menulis di blog ini.
Setelah membaca semua komen2 pembaca, sepanjang peninggalan blog ini selama setahun, aku rasa perlu untuk aku menjelaskan tentang Solat Daim ini. Ini kerana ianya amat berkaitan tentang hukum solat fardu itu sendiri.
Antara banyak soalan yang dikemukakan, soalan dari tuan Mohd fouzy ini amat merisaukan. Soalan nya aku “cut and paste” kan di bawah ini:-
SALAM TUAN,BOLEH TANYA SIKIT, ORG YANG DAH TAHU ILMU HAKIKAT, DIA KATA SEMBAHYANG MENYEMBAH DIRI SENDIRI, YANG WAJIB DI BUAT HANYA SOLAT DAIM,SOLAT HATI YANG BERKEKALAN, TOLONG SAYA JAWAB KAN,TOLONG LAH. on Solat @ Sembahyang @ Selawat (3)
Remove content | Delete | Spam
Astaghfirullah. Subhanallah. Begitulah satu soalan yang amat mengelirukan kerana telah terdapat jawapan di dalamnya, oleh orang2 yang tahu ilmu hakikat. Ini menurut Mohd Fouzy. Kawan kita ni siap mintak tolong tu, dua kali pulak tu.
Tidaklah aku ketahui, siapa orang yang berkata begitu, dari jenis perguruan mana dan sebagainya. Cukup lah sekadar kita ketahui, perkataan2 yang sebegini bukanlah asing kepada mereka2 yang membincangkan ilmu hakikat ini di kedai2 kopi atau di mana jua.
Bagi menjawab persoalan ini, mari kita perhatikan ayat2 AQ ini.
"Sesungguhnya Akulah Allah; tiada tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku."
(Taha 20:14)
Di dalam ayat di atas Allah SWT mengenalkan diriNya dan sekaligus menegaskan, tiada tuhan selain Dia. Seterusnya, Allah memerintahkan untuk manusia menyembahNya dan bagaimana cara untuk menyembahNya iaitu dengan mendirikan solat. Aku rasa terjemahan ayat itu amat jelas dan tak susah untuk kita fahami.
Ayat ini juga adalah AYAT PERINTAH dari Allah SWT supaya kita hambaNya yang jenis manusia ini, mengerjakan solat.
Seterusnya, ayat2 ini:-
"Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka."
(Al-Baqarah 2:3)
"Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk."
(Al-Baqarah 2:43)
Seterusnya, kalau kita perhatikan ketiga3 ayat dari Surah Al Baqarah dan juga Surah Toha di atas, kita dapati kata sembahyang itu didahului dengan kata “berdiri’ iaitu “mendirikan” atau “dirikanlah”. Ini menunjukkan bahawa pekerjaan solat itu terdapat di dalamnya perbuatan berdiri. Jelas dan nyata kan.
Jadi apabila terdapat kata berdiri, itu menunjukkan bahawa apabila kita solat untuk menyembah Allah SWT, kita perlu berdiri.
Nah, solat yang berdiri ini hanya terdapat di dalam solat fardhu yang lima (5) itu, atau pun solat2 sunat yang lain yang kita lakukan seperti tahajud, dhuha, hajat dan sebagainya seperti mana yang di ajarkan Rasulullah SAW melalui sunnahnya.
Sekarang mari kita lihat pula ayat2 yang dikatakan mengenai solat daim itu.
"Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut)(19). Apabila ia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah (20). Dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut (21). Kecuali orang-orang yang mengerjakan sembahyang (22). Iaitu mereka yang tetap mengerjakan sembahyangnya (23)."
(Al-Ma'aarij 70:19 hingga 23)
Nah. Sekarang aku nak soal, ada tak AYAT PERINTAH di dalam lima (5) ayat2 di atas ni; seperti apa yang terdapat dalam ayat 14, Surah Toha yang aku bagi mula2 tadi. Cuba korang fikirkan betul2. Ada tak?
Bagi mereka yang berfikiran waras, tentu jawapannya tak ada. Hindustan kata Nehi. Tamil kata Ilek. Cina kata Boliau.
Kelima2 ayat di atas hanya menerangkan tentang bagaimana, kita yang jenis manusia ini Allah jadikan semulajadi bersifat resah gelisah, bakhil dan kedekut. Dan Allah ajarkan bagaimana cara nak hilangkan sifat2 resah dan haji bakhil tu. Macam mana cara? Caranya, dengan mengerjakan solat.
Dan seterusnya Allah sambung lagi. Solat yang macam mana? Jawapannya solat yang berkekalan. Apa itu solat yang kekal? Solat yang sering2 dibuat lah. Solat yang kita sering buat solat apa? Solat fardhu lah lima (5) waktu. Jadi kena lah buat selalu. Jangan copot sana, copot sini. Baru lah namanya solat yang berkekalan. Solat Daim.
Banyak toke2 dan taiko2 ilmu hakikat suka mengambil ayat Solat Daim tu sendiri2. Sendiri2 ni maksud aku, mereka cuma ambil ayat 23, Surah Ma’arij tu je. Yang di dalam nya ada disebut “solatihim da’i’mun”. Dorang tak baca macam yang aku taruk kat atas ni lima (5) ayat berturutan.
Pada aku ayat tu tak berdiri dengan sendiri macam tu je. Sebabnya? Sebab bagi aku, Allah bagi masalah2 dalam tiga (3) ayat pertama tu. Kemudian Allah bagi solusi nya dalam dua (2) ayat terakhir tu. Tak begitu? Baru la masuk pada lojik akal. Baru lah ada makna. Kalau korang baca ayat 23 tu je, dan buat kesimpulan sendiri pakai ayat tu je, tentu la mula meraban kemana2.
Nanti ada pulak yang cakap, dulu penulis kata, solat daim tu adalah zikir qalbu “24jam sehari/7hari seminggu” seperti yang tertulis dalam topik Solat @ Sembahyang @ Selawat (10). Sekarang cakap lain pulak. Nak kona baring ler tu. Hehehehe. J
Takde kona2 baring2 kat sini. Kalau korang baca balik topik tu, dari awal2 lagi aku cerita pasal kenapa kita kena solat. Solat tujuannya adalah “zikrullah” yang bahasa melayu nya bermaksud “ingat Allah”. Makin banyak kita ingat Allah, makin dekat lah kita dengan Allah.
Dan selain dari solat fardhu yang lima (5) waktu tu, Allah juga suruh kita ingat Allah semasa solat, selepas solat, semasa berdiri, duduk atau berbaring. Maksudnya setiap masa “24jam sehari/7hari seminggu”. Sebab tu lah kita perlu ada “zikir qalbi” atau “zikir nafas”. Kalau tidak macam mana kita nak sentiasa ingat Allah sampaikan masa tidur pun boleh ingat Dia?
Ada orang kata “zikir qalbi” atau “zikir sir”, ni lain dari “zikir nafas”. Lantak korang lah nak panggil apa pun. Pada aku sama je. Yang penting korang buat. Argue banyak2 pun tak guna kalau tak buat.
Ada jugak yang kata ingat Allah tu bukan pakai sebut; samada sebut kuat2 atau sebut dalam hati. Cuma sekadar ingat je. Kalau sebut tu bukan ingat. Sebut dan ingat dua perbuatan yang berbeza. Ada gak lojiknya. Pada aku simple je. Kalau aku sebut, tentu mudah aku nak ingat. Sebab hukum akal ni, benda yang kita selalu sebut, tentu mudah kita nak ingat.
Masa aku study dulu, macam tu la cara aku menghafal. Dah aku tulis nota, aku baca balik nota tu. Kadang baca kuat2, kadang baca dalam hati. Lepas tu, taruk tepi nota tu, aku tuliskan balik apa yang aku ingat. Cun2 aku boleh ingat apa yang aku baca kat nota tu. Jadi pada aku, sebut dengan ingat ni bak kata omputeh, comes together. So it works for me. Dan dalam hal ingat Allah ni, ini pendapat aku.
Jadi, macam aku cakap tadi, sukati korang lah nak buat macam mana dan nak panggil apa. Tak begitu. Aku tak suruh ikut aku. Ini cara aku. Pengalaman aku. Ilmu Allah maha luas tak bertepi. Korang dapat lain cara, aku dapat lain cara. Hidayah dari Allah. Yang penting, apa pun yang kita dapat, wajib; mesti; harus, kita test balik dengan AQ. Kerana AQ juga adalah Al Furqan. Yang bermaksud PEMBEDA, antara yang Haq dengan Bathil. Kalau berlawanan dengan AQ, tolak jauh2.
Sebagai contoh, soalan yang aku sebut kat atas topik ni lah. Mamat tu sebut,
ORG YANG DAH TAHU ILMU HAKIKAT,DIA KATA SEMBAHYANG MENYEMBAH DIRI SENDIRI,YANG WAJIB DI BUAT HANYA SOLAT DAIM,SOLAT HATI YANG BERKEKALAN
Setelah korang baca, panjang lebar aku berceloteh kat atas ni, apa pendapat korang tentang statement kat atas ni? Benarkah, solat tu menyembah diri sendiri? Aku nak tanya, mana ayat AQ yang sebutkan macam ni?
Seterusnya kat statement tu lagi, sebab solat tu adalah menyembah diri sendiri, jadi; solat fardhu tu dah tak wajib. Yang wajib di buat hanya solat daim, iaitu solat hati yang berkekalan. Betul ke pendapat ni?
Pandai2 la korang fikir dan jawab sendiri. Kalau tak terjawab jugak, korang cari lah tok2 guru yang hebat2 kat luar tu, pegi tanya. Hahahaha J.
Sebenarnya dalam topik2 yang lepas, ada dua tiga kali aku sebutkan tentang geng2 yang berpendapat macam tu. Dan apa saranan aku bila korang jumpa orang2 yang macam ni? Aku suruh lari kuat2, jauh2 kan. Kenapa aku suruh korang lari jauh2? Sebab aku cakap, Nabi Muhammad SAW, sampai akhir hayatnya pun, baginda tetap mendirikan solat.
Ini boleh dibaca dari riwayat2 hidup baginda. Tak pernah pun baginda Rasulullah mengajarkan sahabat2 zaman tu, supaya tinggalkan solat fardhu dan buat solat daim atau solat hati je.
Dan ilmu hakikat ni, ada ke masa zaman Nabi? Kalau ada, awat yang kalut sangat ni? Jawab lah sendiri. Ingat terror dan hebat sangat lah iya. Sampai nak lawan Nabi. Hahaha. Nabi pun solat sampai akhir hayat. Siapa kita2 ni nak bandingkan dengan Nabi Muhammad SAW, kekasih Allah yang dah dijamin syurga? Sendiri mau ingat la beb. Bawak2 cermin diri tu balik.
Mana dia diri yang disembah tu? Ce citer ce citer. Kikikikiki. Aku sebut hahahaha, dengan kikikiki tu bukan apa. Tu iblis setan yang ketawa tu.
Tuhan suruh sembah Dia. Dia itu adalah Zat yang bernama Allah. Tu dah terang dan jelas!!! Yang korang nak sembah diri sendiri tu pasal apa? Cakap je la yang korang dah jadi tuhan, kan senang. Aku rasa la. Mungkin ada yang dah jadi tuhan. Sebab tu korang sembah diri sendiri.
Ni yang nak gelak kuat2 ni. Hahahahaha. Panjang sikit gelaknya. Korang tengok dalam cermin, macam mana rupa tuhan? Macam muka korang ke? KahkahkahkahJ. Kalau korang dah jadi tuhan, aku nak mintak wang RM1 juta, boleh? Sekarang mintak, sekarang dapat, boleh? Qun faya qun.
Kenapa boleh jadi macam ni bro? Jangan macam tu bro. Kalau korang tak nak solat, cakap je la korang malas. Dosa tinggal solat takde la besar sangat. Tanggung sendiri2. Allah boleh ampunkan lagi. Jangan la cakap korang dah jadi tuhan pulak. Ni dah syirik bro. Allah tak ampunkan yang ni. Allah dah sebut dalam AQ yang ni. Bukan aku cakap. Menyatu dengan tuhan ke?
Ada sapa nak bagi pandangan? Ustad2, Syeikh2, Habib2, Maulana2? Aku tak layak. Aku anak kampong, tiada apa2. Nyanyi sikit lagu Sabah. Takde kelulusan nak jawab. Astaghfirullah al azim. Bawak mengucap banyak2. Istighfar banyak2. Masuk Islam balik.
Meh aku citer kan sikit kenapa. Jom kita tengok ayat2 AQ lagi.
Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya (36). Dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk (37).
(Az-Zukhruf 43:36 & 37)
Itulah kata Allah SWT, kepada mereka2 yang berpaling dari ajaranNya. Apakah ajaranNya? Itulah yang kita sebut ILMU SYARIAT. Solat, puasa, zakat, haji, sedekah, tolong anak yatim, orang miskin. Jangan berjudi, jangan minum arak, jangan berzina, jangan mengumpat, jangan fitnah eh banyak lagi lah. Pendek kata, semuanya lah "amal makruf nahi munkar". Bahasa melayu nya, buat yang disuruh, tinggalkan apa yang ditegah. Kan semua ni ajaran Allah.
Jadi Allah sebut, siapa yang tinggalkan ajaranNya, Allah akan adakan syaitan bagi nya. Syaitan itu akan menghalang dia dari jalan yang benar. Yang paling bahaya tu, Allah kata, orang itu menyangka, dia dapat petunjuk dari Allah. Tapi sebenarnya, tipuan syaitan. Orang tu tak sedar langsung dia kena tipu. Kalau macam tu jawabnya, susah lah dia. Budak2 kutu cakap naya bro. Macam mana nak buat kalau Allah sendiri yang sesatkan dia? Bala besar tu bro.
Nauzubillahi min zaliq. Semoga Allah jauhkan kita dari perkara begini dan terus beri hidayah pada kita agar jangan termasuk dalam golongan yang macam ni. Insyaallah Amin.
Sebenarnya Allah dah bagi greenlight kat iblis dan syaitan awal2 lagi. Kita yang selalu terlupa benda ni.
Iblis berkata: "Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus (16). Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur" (17)
(Al-A'raaf 7: 16 & 17)
Perhatikan ayat2 ini. Iblis dah mintak permission awal2 lagi masa zaman Tok Adam kita. Dan Allah perkenankan. Iblis cakap, dia akan datang dari depan, belakang, kanan dan kiri kita. Kalau kita main chess ni, kita dah kena check. Tapi jangan risau. Belum check mate lagi! Kenapa aku kata belum check mate? Boleh jalan lagi.
Sebab ada lagi dua (2) tempat yang iblis lupa nak mintak dan dia tak datang dari situ. Dari mana? Itu lah dari atas dan bawah. Betul tak? Cuba korang baca balik ayat2 tu. Kalau ikut ilmu fizik, kita ada enam (6) sisi di sekeliling kita. Depan, belakang, kanan, kiri, atas dan bawah. Cukup enam (6). So, dari dua (2) sisi ni, iblis tak boleh datang kat kita iaitu atas dan bawah. Ada paham? J
Jadi apa kah maksud atas dan bawah ni? Kenapa iblis terlupa? Kenapa Allah sediakan dua sisi atas dan bawah ni, untuk kita melepaskan diri dari gangguan iblis?
Makanya itu lah sebab kenapa kita di perintahkan solat. Subhanallah. Allah Maha Mengetahui. Semuanya telah disusun begitu rapi dan complete. Jangan lah kita ragu2 lagi. Yakin lah dengan ilmu Allah. Itu lah Pengajaran Nya yang Allah sebut jangan kita berpaling darinya.
Bagaimana? Dengan solat itu, kita bergerak dari atas turun ke bawah, dan naik dari bawah ke atas lagi, berulang2. Tak betul ke? Siap menonggeng lagi dalam sujud. Subhanallah, Alhamdullah. Thank you Allah.
Dan akhirnya, dengan zikrullah, zikir qalbu atau nafas tadi, kita menyedut nafas dari Allah, ke atas dan ke bawah. Inhale and exhale. Cuba tarik nafas, ke mana rasanya? Tentu lah ke atas kan. Dan bila kita lepas nafas ke mana? Mesti ke bawah lah. Jangan tipu. Hehehehe. Yang ni ketawa aku. J
Jadi, zahir dan batin kita complete/lengkap menjalani pergerakan atas dan bawah ini.
Solat fardhu, buat lah hari2. Jangan tidak. Kalau tak nak buat atau nak buat sikit2 pun, its ok. Tanggung je la dosanya beb. Tapi, jangan jatuh hukum dah tak wajib solat. Ayat Allah dah jelas. Usah lah kita ubah2.
Bab bernafas pun buat la jugak. Memang kena buat pun. Boleh ke tak bernafas barang seminit? Kalau kau kata boleh, ok, cuba pulak 5 ke 10 minit. Kalau boleh, wa tabek lu beb. Cuma bezanya, masukkan zikrullah dalam nafas tadi, dengan kesedaran. Tak susah mana pun. Latih hari2 tentu boleh.
Jadi, kepada tuan Mohd Fouzy, jawapan aku kepada soalan tuan di atas tadi, adalah; semua yang di atas ataupun orang banjar cakap all the above J. Tuan buat lah kesimpulan sendiri. Boleh kan? Rasa nya terang dan jelas aku story.
So, masih tak yakin lagi dengan ilmu Allah? Korang jawab lah sendiri2. Aku tak layak nak jawab. Siapa lah aku, tanpa DiriMu. Sendiri pakai, sendiri rasa. Pandai2 la korang.
Insyaallah, soalan2 lain yang aku rasa penting akan aku cuba jawab sekiranya aku mampu dan dapat menerangkan apa yang tak terang buat semua pembaca blog ini.
Akhir kata, rasanya masih belum lewat untuk aku ucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul Muhammad SAW yang kita kasihi. Selawat lah banyak2, kerana Allah SWT turut berselawat ke atas baginda.
Wassalamu aj’main amin.
0 komentar:
Posting Komentar
Catatan: Hanya anggota dari blog ini yang dapat mengirim komentar.