ILMU Zikir Nafas Dan Applikasinya
LA ILAHA ILLALLAH.
Allah memuliakan Ahli Kalimah LA ILAHA ILLALLAH dengan satu talian yang kukuh
melalui satu hubungan yang erat di antara hamba Nya dan Allah sebagai Khaliq.
Talian ini terjalin dengan Talian Zikir Nafas. Dan Nafas yang telah di beri talqin dengan
ZIkir Asmaul Zat Allah akan sentiasa berzikir dengan Nama Zat Allah selama -lama nya
walaupun hamba itu sudah mati dan di kebumikan kedalam liang lahad.
Nafas adalah Rahsia Allah Subhana Watala dan ianya tidak akan mati selama-lamanya, ia
akan hidup dan berterusan di sisi Allah .
Zikir Nafas ada Zahirnya dan ada bathinya. Apabila kita lalai dari sedutan dan hembusan
Zikir Zat Asma Allah , maka yang zahir itu lalai tetapi Zikir yang bathin itu medahagan kan
nya - ia sentiasa memberontak untuk menghidupkan Nafas nya dengan Nafas Lafaz Allah.
Zikir Nafas adalah anugerah yang amat mulia dari sisi Allah kepada semua ahli Zikir Nafas
kerana thalab mereka mencari Allah Subhana Wataala.
Ziikir Nafas menghidupkan Qalbu dan seterusnya mendorong Qalbu berzikir kepada Allah
secara spontan dan dengan itu hidup lah qalbu , minda dan juga zikir pancaindera.
Zikir Nafas mampu menghidupkan Qalbu dengan Zikir Kalimah LA ILAHA ILLALLAH
dan juga ia nya akan dengan spontan menghidupkan Zikir Pancaindera.
Dengan kaedah ini sahaja anda akan merasai Hakikat Kemanisan Zikirullah , dan juga
dengan kaedah ini sahaja anda akan merasa ketenangan Qalbu dan jiwa.
Tanpa anda mencuba anda tidak akan mengetahui nya atau menyedari nya , bahawa
hakikat Zikir wujud dan dapat di rasai setiap saat dan keadaan dengan ZIKIR NAFAS.
SUMBER" BLOG DZIKIR NAFAS
ILMU ZIKIR NAFAS
Bismillahi Rahmani Rahim
ILMU Zikir Nafas boleh di pelajari dari peringkat ke peringkat
- Peringkat Mubtaadi
- Peringkat Mutawassit
- Peringkat Muaalim
Di peringkat pengenalan tentang Zikir Nafas , seorang peserta akan di dedahkan
dengan pengenalan Zikir Nafas dari sudut Al Quraan Qalam Allah dan segala Ayat
Ayat yang berkaitaan dengan Zikir Nafas.
Seterusnya kita akan mengupas dengan lebih jelas tentang Hadis Qudsi , Hadis
Sohih Nabi Mulia Sala Allahu alaihi Wasalam.
Peserta wajib di dedahkan erti dna makna hakiki ayat-ayat Al Quraan yang ada
hubung kait yang amat rapat dengan Zikir Nafas, yang kini di salah tafsir kan - perkara ini amat mengejutkan mereka yang tidak mengenal bahawa Al Quraan tidak boleh di fahami dengan
- Terjemaah
- Tafsir Mufasireen
- Asbabun Nuzul
Sahaja tetapi Al - Quraan mesti di kenali melalui
- ILMU Al Quraan
- Hikmah Al Quraan
- Hakikat Al Quraan
- Sirr Al Quraan
- Noor Al Quraan
Allah akan menyampaikan kepada se-orang yang telah di beri ILMU [ Surah Al Baqrah - ayat 282] dan mereka yang telah di beri ILMU dan HIKMAH tentang ILMU KALIMAH LA ILAHA ILLALLAH.
Oleh itu pelajari ILMU KALIMAH LA ILAHA ILLALLAH ini jika anda ingin mengetahui Al Quraan seperti mana Allah ingin kan , kita sebagai orang yang berIman mempelajarinya.
YOUTUBE - KALIMAH LA ILAHA ILLALLAH
Sheikh Dr Ismail Kassim
Zikir Nafas Zikir Abadi
Eamil - drismailkassim@gmail.com
drihk@yahoo.com
Mobile - 012 6771920 [ +6012 6771920 ]
Hidupnya Zikir Nafas Dengan ILMU Tauhid
Ketahuilah bahawa Zikir Nafas akan hidup hanya dengan ILMU Kalimah
LA ILAHA ILLALLAH. Tanpa ILMU Kalimah Tauhid , Nafas akan merasai satu
beban kerana tidak hidup dalam suasana Tauhid dan Hayyat yang berterusan.
Sepertimana jasad ini memerlukan Nyawa , begitu juga Nafas ini memerlukan
nyawa nya , dan nyawa Nafas itu adalah ILMU KALIMAH LA ILAHA ILLALLAH.
Banyak testimoni-testimoni dari pengamal Zikir Nafas akan mendedahkan
hakikat Zikir Nafas tanpa ILMU. La ilaha IllAllah adalah essence di dalam
semua makhluk dan ianya juga sebagai pengerak dalam semua aspek
hidup , mati dan kebangkitan.
Zikir Nafas juga akan membangkitkan Roh kita dalam Qubur dan berusaha
untuk menegahkan KALIMAH ALLAH di muka bumi ini walaupun jasad
sudah terkbur dalam liang lahad. Ini lah keadaan mujahid dan Wali-Wali
Allah dimana Roh mereka bergerak ke seluruh alam memperkembangan
Qalam Allah dan Kalimah LA ILAHA ILLALLAH di jiwa orang yang menempuh
jalan Allah.
Ini terbukti dalam Surah AL Imran - ayat 69 dan Juga Surah AL Baqarah
- ayat 153-154.
TAMBAHAN
0 komentar:
Posting Komentar
Catatan: Hanya anggota dari blog ini yang dapat mengirim komentar.